Terkenang Semasa Dulu - Part 2
Hyeeee bertemu lagi dalam blog apasaja dalam terkenang semasa dulu. Kalau hendak dicerita kenangan semasa zaman budak-budak, sebelum masuk usia persekolahan memang banyak perkara yang kalau aku fikir-fikir balik rasa lucu pun ada, kesian pun ada. Otak pun tengah kreatif,yalapun usia tengah membesar la katakan.
Tengok gambar ketam kat atas tu buat aku teringat macam mana begitu kreatifnya otak aku and the gang yang suka sangat bermain di sungai menangkap udang dan ketam kecil pada celah-celah batu hanya dengan menggunakan tangan. Terre sungguh. Hari tu aku suruh anak buah ku yang umur 12tahun tangkap udang dekat celah batu guna tangan, hampeh habuk pun tak dapat. ini bermaksud skil aku lebih tinggi zaman dahulu. heh heh heh. Paling aku ingat betapa cousin aku yang seusia dengan ku pada masa itu mengajarku bagaimana membezakan mana ketam jantan dan ketam betina. jadinya habis ketam-ketam yang ditangkap tu, tak kira dari cucu ketam ke nenek ketam kena robek perutnya semata-mata nak tengok jantan atau betina. kejam sungguh kan mendera ketam.
Bila sudah puas bermain di sunggai aktiviti seterusnya ialah bermain gelang getah pengikat. Zaman aku kanak-kanak dulu tangan, kaki penuh dengan getah sebagai gelang. kira siapa yang ada paling banyak tu kira kayalah dikalangan budak-budak. Bangga tul aku berjalan tengah kampung dengan gelangan getah yang penuh. kalau nak beli getah tu, 10 helai sepuluh sen di kedai babeh Dilos. ( Atuk Dilos ). Cara mainnya tikam dekat dinding kemudian siapa yang berjaya menimpa getah-getah yang lain kira menang. Cara bermain yang lain ialah dengan meniup getah sampai menimpa getah lawan. Aku ada setin Milo besar gelang getah tu, jadi aku sambung untuk bermain "zero point". Ala.. main yang macam skipping tu. heh stakat lompat paras kepala aku, kacang jer.
Masa weekdays, selalunya aku akan dihantar ke rumah saudara sama kampung untuk dijaga bersama cousinku. Berbekalkan tin sotong atau luncheon meat. Tapi selalunya dengan sotong. semasa tu aku paling suka makan sotong kicap dalam tin. Hampir setiap hari nak sotong dalam kicap tu sehinggakan kakak ku membuat cerita bahawa ada seorang budak yang sangat suka makan sotong dalam tin. satu hari bila bangun dari tidur, budak tu bertukar menjadi sotong. Adeh hehehe kalau ku ingat balik geli hati pula. Aku paling tak suka makan bawang, mesti muntah. Telur rebus, aku akan cuma makan yang putih, yang kuning aku akan bagi orang makan.heh heh..nasib baik tabiat tu cuma masa budak-budak ja.
Selalunya, walapun dihantar ke rumah saudara untuk dijaga, aku selalu escape balik ke rumah. untuk masuk ke rumah selalunya aku main panjat tingkat jer. kenapa aku selalu escape balik ke rumah sebab orang yang jaga tu pun sibuk buat kerja sendiri. Aku dengan tiga lagi cousin ku duduk bermain sendiri cuma tumpang rumah jer harap mereka tengok-tengok. Jadinya aku seorang jer perempuan, bosan ahh main dengan budak lelaki, main korek-korek tanah bawah rumah cari serangga yang dorang panggil Si Kanang sebab serangga tu jalan gostan. hihihi..baik ku balik rumah. Di rumah cari mi segera Lee Fah. Makan mentah jer, aku mana reti masak. Pernah sekali aku nak masak mi, guna dapur minyak tanah. Heh tau la dapur minyak tanah silap hari bulan boleh terbakar. Nasib baik pada masa tu ada saudara yang menumpang baru balik kerja dari SALCRA terjumpa aku yang sedang "membakar" dapur minyak tanah. hehehehe.. nasib baik. Tak maunya terbakar dengan aku sekali.
No comments:
Post a Comment