Sunday, 1 March 2015

Terkenang Semasa Dulu - Part 2


Hyeeee bertemu lagi dalam blog apasaja dalam terkenang semasa dulu. Kalau hendak dicerita kenangan semasa zaman budak-budak, sebelum masuk usia persekolahan memang banyak perkara yang kalau aku fikir-fikir balik rasa lucu pun ada, kesian pun ada. Otak pun tengah kreatif,yalapun usia tengah membesar la katakan.

      Tengok gambar ketam kat atas tu buat aku teringat macam mana begitu kreatifnya otak aku and the gang yang suka sangat bermain di sungai menangkap udang dan ketam kecil pada celah-celah batu hanya dengan menggunakan tangan. Terre sungguh. Hari tu aku suruh anak buah ku yang umur 12tahun tangkap udang dekat celah batu guna tangan, hampeh habuk pun tak dapat. ini bermaksud skil aku lebih tinggi zaman dahulu. heh heh heh. Paling aku ingat betapa cousin aku yang seusia dengan ku pada masa itu mengajarku bagaimana membezakan mana ketam jantan dan ketam betina. jadinya habis ketam-ketam yang ditangkap tu, tak kira dari cucu ketam ke nenek ketam kena robek perutnya semata-mata nak tengok jantan atau betina. kejam sungguh kan mendera ketam.

     Bila sudah puas bermain di sunggai aktiviti seterusnya ialah bermain gelang getah pengikat. Zaman aku kanak-kanak dulu tangan, kaki penuh dengan getah sebagai gelang. kira siapa yang ada paling banyak tu kira kayalah dikalangan budak-budak. Bangga tul aku berjalan tengah kampung dengan gelangan getah yang penuh. kalau nak beli getah tu, 10 helai sepuluh sen di kedai babeh Dilos. ( Atuk Dilos ). Cara mainnya tikam dekat dinding kemudian siapa yang berjaya menimpa getah-getah yang lain kira menang. Cara bermain yang lain ialah dengan meniup getah sampai menimpa getah lawan. Aku ada setin Milo besar gelang getah tu, jadi aku sambung untuk bermain "zero point". Ala.. main yang macam skipping tu. heh stakat lompat paras kepala aku, kacang jer.

    Masa weekdays, selalunya aku akan dihantar ke rumah saudara sama kampung untuk dijaga bersama cousinku. Berbekalkan tin sotong atau luncheon meat. Tapi selalunya dengan sotong. semasa tu aku paling suka makan sotong kicap dalam tin. Hampir setiap hari nak sotong dalam kicap tu sehinggakan kakak ku membuat cerita bahawa ada seorang budak yang sangat suka makan sotong dalam tin. satu hari bila bangun dari tidur, budak tu bertukar menjadi sotong. Adeh hehehe kalau ku ingat balik geli hati pula. Aku paling tak suka makan bawang, mesti muntah. Telur rebus, aku akan cuma makan yang putih, yang kuning aku akan bagi orang makan.heh heh..nasib baik tabiat tu cuma masa budak-budak ja.

   Selalunya, walapun dihantar ke rumah saudara untuk dijaga, aku selalu escape balik ke rumah. untuk masuk ke rumah selalunya aku main panjat tingkat jer. kenapa aku selalu escape balik ke rumah sebab orang yang jaga tu pun sibuk buat kerja sendiri. Aku dengan tiga lagi cousin ku duduk bermain sendiri cuma tumpang rumah jer harap mereka tengok-tengok. Jadinya aku seorang jer perempuan, bosan ahh main dengan budak lelaki, main korek-korek tanah bawah rumah cari serangga yang dorang panggil Si Kanang sebab serangga tu jalan gostan. hihihi..baik ku balik rumah. Di rumah cari mi segera Lee Fah. Makan mentah jer, aku mana reti masak. Pernah sekali aku nak masak mi, guna dapur minyak tanah. Heh tau la dapur minyak tanah silap hari bulan boleh terbakar. Nasib baik pada masa tu ada saudara yang menumpang baru balik kerja dari SALCRA terjumpa aku yang sedang "membakar" dapur minyak tanah. hehehehe.. nasib baik. Tak maunya terbakar dengan aku sekali.

   

Wednesday, 25 February 2015


Terkenang Semasa Dulu - Part 1.

Hahahaha... gambar kenangan ni takda kaitan dengan cerita aku kali ini. ini gambar mak ku (baju putih skirt kelabu) dengan kawan sekampung. Syahdunya melihat pemandangan dekat gambar ni.

Setelah sekian lama tak menulis, aku muncul lagi sebab ada masa untuk di bazirkan. kih kih kih....

Kali ini aku nak cerita kenangan ku semasa zaman kanak-kanak.
Memori semasa sebelum masuk ke zaman persekolahan tak banyak yang ku ingat tetapi antara yang ku ingat ialah, 

a) Aku menyimpan duit syiling dalam kotak bekas instrumen, kemudian disimpan dibawah karpet getah dalam bilik abangku. kata bapaku, kalau kita simpan duit, duit tu pandai beranak. ooiyala kataku sbb bila aku simpan disitu terlalu lama, kemudian sampai terlupa, bila ku jumpa balik, aku fikir duit tu beranak..

b) Zaman kanak-kanak ku, cousin yang seusia ku semuanya lelaki, jadi faham-fahamlah perangai aku pun macam lelaki juga. Bermain sembunyi-sembunyi didalam gelap itu perkara biasa. Bukannya ada perasaan takut, malah seronok. Di tambah lagi abangku yang suka mengajar self-defence. Apalagi bertumbuk dengan cousin dengan hanya memakai seluar pendek. Perghhh... tapi selalu aku yang menang sebab badan aku besar.

c) Aku sangat rapat dengan nenek ku. Nenek ku ini pula mempunyai hobi memancing,kadang "Nyekei" ( sekei - sejenis alat tradisional berbentuk segi tiga untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada rotan). Kalau tidak tak pernah nak melekat di rumah, dia kan bertandang ke rumah sahabatnya sehingga gelap. Aku pula, kaki "ekor".Mesti nak ikut. Kalau nenek ku curi-curi keluar rumah, aku akan menangis sambil menjerit sampai satu kampung tahu aku cari nenekku. Aku akan menangis sambil menjerit "tayong... tayong"..di tengah-tengah kampung. Selagi tak jumpa, pekak telinga orang kampung dengar aku menjerit.

d) Paling aku ingat time mandi. Masa tu sabun paling glemer sabun popinjay. ayelah siapa tak tahu  sabun warna hijau yang ada cap burung bayan. Tapi kadang yelah, tak mampu nak selalu pakai sabun popinjay tu, Aku mandi pakai sabun potong yang warna kuning tu. Sabun tu panjang, dan orang guna juga untuk membasuh pakaian. Aku pakai juga sabun potong tu untuk mandi siap untuk cuci rambut juga.Perghh.. kalau sekarang aku buat macam tu agak-agak rambut ku jadi macam dawai kali. Selalu mandi di sungai je bila air paip dari gunung kering. Perjalanan nak ke sungai tu pula perlu lalu guna jalan tanah yang kecil dan dikiri kanan masih banyak pokok-pokok durian, manggis dan sebagainya. Paling best aku akan berebut mengutip sejenis pucuk tumbuhan yang kami budak-budak panggil Cak Cunggu. Pucuk ni sedap berwarna purple sebab tu berebut nak ambil terus makan. satu lagi yang aku sering kutip ialah buah yang kami budak-budak panggil kilatup. Buah rumpai yang berbulu diluar dalamnya berbiji kecil. Kira macam jadi gula batu free.

e) Time lepas mandi, aku akan sapu bedak "morning walk" di ketiak,badan dan paling penting dekat muka sampai muka dah jadi macam raja kapur. Kemudian aku akan pakai minyak rambut bapaku "Code-10" sampai rambut macam kena seterika. Dah rasa diri siap aku akan pakai baju kesukaan ku, Baju superman yang ada kain merah kat bahu belakang tu. Perghh.. dah boleh dah ikut nenek bertandang. Benda yang paling last aku pandai pakai ialah selipar sebab aku pakai selipar mesti terbalik. selipar kiri di kaki kanan, selipar kanan di kaki kiri. Tapi who Cares?, hati senang mahu berlari ke tengah kampung bermain.

Bersambung...............