Terkenang Semasa Dulu - Part 1.
Hahahaha... gambar kenangan ni takda kaitan dengan cerita aku kali ini. ini gambar mak ku (baju putih skirt kelabu) dengan kawan sekampung. Syahdunya melihat pemandangan dekat gambar ni.
Setelah sekian lama tak menulis, aku muncul lagi sebab ada masa untuk di bazirkan. kih kih kih....
Kali ini aku nak cerita kenangan ku semasa zaman kanak-kanak.
Memori semasa sebelum masuk ke zaman persekolahan tak banyak yang ku ingat tetapi antara yang ku ingat ialah,
a) Aku menyimpan duit syiling dalam kotak bekas instrumen, kemudian disimpan dibawah karpet getah dalam bilik abangku. kata bapaku, kalau kita simpan duit, duit tu pandai beranak. ooiyala kataku sbb bila aku simpan disitu terlalu lama, kemudian sampai terlupa, bila ku jumpa balik, aku fikir duit tu beranak..
b) Zaman kanak-kanak ku, cousin yang seusia ku semuanya lelaki, jadi faham-fahamlah perangai aku pun macam lelaki juga. Bermain sembunyi-sembunyi didalam gelap itu perkara biasa. Bukannya ada perasaan takut, malah seronok. Di tambah lagi abangku yang suka mengajar self-defence. Apalagi bertumbuk dengan cousin dengan hanya memakai seluar pendek. Perghhh... tapi selalu aku yang menang sebab badan aku besar.
c) Aku sangat rapat dengan nenek ku. Nenek ku ini pula mempunyai hobi memancing,kadang "Nyekei" ( sekei - sejenis alat tradisional berbentuk segi tiga untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada rotan). Kalau tidak tak pernah nak melekat di rumah, dia kan bertandang ke rumah sahabatnya sehingga gelap. Aku pula, kaki "ekor".Mesti nak ikut. Kalau nenek ku curi-curi keluar rumah, aku akan menangis sambil menjerit sampai satu kampung tahu aku cari nenekku. Aku akan menangis sambil menjerit "tayong... tayong"..di tengah-tengah kampung. Selagi tak jumpa, pekak telinga orang kampung dengar aku menjerit.
d) Paling aku ingat time mandi. Masa tu sabun paling glemer sabun popinjay. ayelah siapa tak tahu sabun warna hijau yang ada cap burung bayan. Tapi kadang yelah, tak mampu nak selalu pakai sabun popinjay tu, Aku mandi pakai sabun potong yang warna kuning tu. Sabun tu panjang, dan orang guna juga untuk membasuh pakaian. Aku pakai juga sabun potong tu untuk mandi siap untuk cuci rambut juga.Perghh.. kalau sekarang aku buat macam tu agak-agak rambut ku jadi macam dawai kali. Selalu mandi di sungai je bila air paip dari gunung kering. Perjalanan nak ke sungai tu pula perlu lalu guna jalan tanah yang kecil dan dikiri kanan masih banyak pokok-pokok durian, manggis dan sebagainya. Paling best aku akan berebut mengutip sejenis pucuk tumbuhan yang kami budak-budak panggil Cak Cunggu. Pucuk ni sedap berwarna purple sebab tu berebut nak ambil terus makan. satu lagi yang aku sering kutip ialah buah yang kami budak-budak panggil kilatup. Buah rumpai yang berbulu diluar dalamnya berbiji kecil. Kira macam jadi gula batu free.
e) Time lepas mandi, aku akan sapu bedak "morning walk" di ketiak,badan dan paling penting dekat muka sampai muka dah jadi macam raja kapur. Kemudian aku akan pakai minyak rambut bapaku "Code-10" sampai rambut macam kena seterika. Dah rasa diri siap aku akan pakai baju kesukaan ku, Baju superman yang ada kain merah kat bahu belakang tu. Perghh.. dah boleh dah ikut nenek bertandang. Benda yang paling last aku pandai pakai ialah selipar sebab aku pakai selipar mesti terbalik. selipar kiri di kaki kanan, selipar kanan di kaki kiri. Tapi who Cares?, hati senang mahu berlari ke tengah kampung bermain.
Bersambung...............
