Wednesday, 23 July 2014

BAGAIMANA MULANYA ANJING TINGGAL DENGAN MANUSIA
Cerita Donggeng Bidayuh (Serian)

Pada zaman dahulu binatang dikatakan boleh berkata-kata. Begitu juga sang anjing yang sememangnya terkenal dengan sifat peramah.

Bagaimana ya tahu sifat anjing ni peramah? sebab dia ni suka bercakap dan bertanya itu dan ini. Pada zaman dahulu sang anjing seperti kebanyakan binatang liar yang lain tinggal di dalam hutan. Tetapi kerana perasaan ingin tahunya yang membuak-buak dia sanggup masuk ke bendang atau ke kampung untuk berbual dengan manusia.

Terjadinya kisah seekor anjing datang kepada seorang tua yang sedang mengerjakan sawahnya. Lalu terjadilah perbualan mereka seperti berikut.

Anjing : Atuk, atuk macam mana orang buat nasi ?

Atuk : Mula-mula kena 'nahu'(menebas dan membersihkan tanah) dahulu.

Anjing : Lepas tu dah boleh makan kah?

Atuk : Belum, bila dah nahu kita kena 'bitabung'(menebang pokok-pokok) dulu.

Anjing : Lepas tu boleh makan kan? kan?

Atuk : Belum..... ,kena 'ngukot'(membakar) dulu.

Anjing : Dah boleh makanlah lepas tu kan?

Atuk : Haishhh..dengarlah dulu.Belum habis cakap dah menyampuk.Lepas tu, 'ngirangkat'(membersihkan sampah kayu yang tidak habis terbakar).Bila dah bersih baru 'nuruk'(menyemai benih padi untuk padi bukit). Bila dah tumbuh kita kena 'nyabu'(merumput) supaya rumput tidak sama tinggi dengan anak padi. Bila padi dah matang dan berbuah barulah kita 'nguhut'(menuai).

Anjing : Boleh makan sudah kan?

Atuk : Belumlah!. Padi yang dituai tu akan disimpan dalam 'kurrit'(sejenis tempat menyimpan padi).Bila nak dapatkan beras, padi tu kena jemur dulu. Kemudian baru 'nempuh'(tumbuk). Untuk dapatkan beras padi yang dah ditumbuk kena di 'nusek'(ditampi) untuk mengasingkan hampas dan beras.Kemudian barulah boleh dimasak menjadi nasi.

Anjing : uuuuuiiiiii.... susahnya nak dapat makan nasi oooo. Kalau macam tu lebih baik saya tinggal dengan atuk saja.

Selepas perbualan itu dikatakan disitulah bermulanya bagaimana anjing tinggal dengan manusia.